Saturday, 27 August 2011

tips nak sihat

assalamualaikum...
huhuhu....raya dah nak dekat...tapikan mesti semasa raya nanti kita mesti makan banyakkan?
jadi sia-sia je puasa kita an???
*saya pon tak terlepas sama dalam aktiviti membedal lauk pauk tu nanti raya

ni tips kesihatan yang sya sedut dri mana tah....bagi sesiapa yg rse ni post dye sya mntx izin dlu la ye...^_^ ...tapi ngat ilmu untk dikongsi



Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Saturday, 20 August 2011

cerita lawak

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

Friday, 19 August 2011

cerita duit

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

RM1: Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?

RM50: Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KL naik AirAsia, lepak One Utama, konsert2..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?

RM1 :(menjawab perlahan seraya menunduk)Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau..

imam hasan al-basr

‎"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,
BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu,
BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu,
kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri,
Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,...nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH..
...Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hasan al-Basr -

janji Allah

Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa UJIAN..
Kehambaan tidak akan dirasai tanpa MUNAJAT...
Keinsafan tidak akan dirasai tanpa MUHASABAH...
Banyak mana ujian Allah,banyak itulah KASIH SAYANGNYA pada kita...
Yakinlah pada JANJINYA

cinta dan islam

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

peluang

andai ada peluang untuk kamu berbuat amal, beribadah, memberi sesuatu(kebaikan) buat ummah dan Islam..hatta dengan sekecil amalan iaitu menunjukkan akhlak yg baik, jangan lepaskan peluang dan kesempatan itu...jangan sampai ALLAH pilih orang lain untuk menghuni syurgaNYA~

cinta

Cintailah Allah maka hidupmu sentiasa berada dalam Maghfirah,
Cintailah Rasul maka ketenangan dan kebahagiaan akan menyusul,
Cintailah Ibu bapa maka ia akan membawamu ke alam Syurga,
Cintailah Sahabat maka hidupmu akan beroleh berkat,
Cintailah Ummah maka matlamatmu akan lebih terarah,
Cintailah Kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan.

Wednesday, 17 August 2011

dakwah tentang keimanan dan keyakinan

         Sesungguhnya Allah meletakkan kebahagian manusia samada lelaki mahupun wanita di dalam amalan agama yang sempurna,dengan cara mentaati Allah dan rasul-Nya.
         populasi wanita lebih ramai daripada lelakisedangkan jumlah kanak-kanak lebuh banyak dari wanita apabila wanita mendalami ilmu agama islam dengan baik,maka kehidupan individu,keluarga masyarakat seterusnya negara dapat dikukuhkan berlandaskan agama Allah yang sempurna ini.
         justeru itu saya selaku rakyat malaysia yang meginginkan negara ini maju saya merasakan perlunya penglibatan wanita-wanita yang solehah membantu kaum lelaki membangunkan negara kita ini.......

Saturday, 13 August 2011

ape2 je tah................

hari pertama buat blog nieh pening sket la....
aq ingat nak tarok url tuk download film green latern ke filem filem melayuke what ever la...
asal an daowrang datang visit aq pnye bblog nie haa.....